Ahad, 18 Julai 2010

Peringatan dari allah (TSUNAMI)

Bencana Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang lalu masih
menjadi tajuk hangat akhbar bukan sahaja di Malaysia tetapi akhbar
antarabangsa. Ini kerana kesan dari bencana tersebut begitu hebat dan
mengorbankan lebih daripada 150,000 jiwa dan kerosakan harta benda
berbilion ringgit. Negara-negara yang menerima kesan gempa bumi dasar
laut pada skala 9 ialah Indonesia, Malaysia, Sri Lanka, Pulau Maldives,
India, Somalia, Kenya. Ombak setinggi 10 meter yang melanda tidak pernah
dilihat manusia zaman ini. Di Indonesia beberapa pulau telah lenyap dari
peta dunia berserta dengan penghuninya sekali.

Sebagai orang Islam kehebatan bencana alam ini seharusnya tidak
menghairankan kalau dibandingkan apa yang akan terjadi bila kiamat
berlaku. Pada waktu itu nanti ayah tidak pedulikan anak, perempuan yang
mengandung akan gugur kandungannya kerana hendak menyelamatkan diri.
Waktu itu tidak siapa yang selamat.

Bencana Tsunami ini sepatutnya membangunkan kita daripada tidur dan
khayalan. Lihatlah betapa hebatnya kekuasaan Allah. Manakah kekuatan
Kafir Amerika yang digeruni oleh orang Islam selama ini? Apakah kerana
kesyirikan orang Islam zaman moden ini Allah telah memusnahkan mereka?
Tanyalah diri kita sendiri.

Memang tak dinafikan Indonesia terletak di laluan gunung berapi dan
gempa bumi. Tapi bila bencana berlaku, seorang yang bertakwa akan lebih
dulu memuhasabah diri kerana mungkin ada amalan yang tidak diredai
Pencipta Yang Maha Agong. Marilah kita melihat dari aspek kemungkinan
bahawa bala ini merupakan hukuman Allah.

Acheh terkenal dengan jolokan Serambi Mekah. Apakah dari segi realitinya
Islam itu betul-betul diamalkan oleh penduduknya. Kezaliman pemerintah
Indonesia terhadap pejuang Islam dan kepada ulama sungguh terserlah.
Mereka menurut apa yang Amerika mahu. Abu Bakar Basir difitnah dan
dipenjarakan kerana menyampaikan ajaran Islam. GAM yang menentang
kezaliman pemerintah Indonesia berjuang atas dasar apa? Apabila Allah
menurunkan bala ianya akan mengena yang bertakwa atau tidak. Untungnya,
yang bertakwa akan mendapat rahmat daripada Allah walaupun pada
pandangan manusia ia kelihatan seperti hukuman juga. Begitu juga dengan
kanak-kanak. Musnahnya bangunan-bangunan, rumah-rumah di Bandar Aceh
tapi Masjid yang beratus tahun tidak terjejas. Mungkin Allah hendak
membersihkan Serambi Mekah ini daripada bangunan yang dibina dari sumber
haram.

Masih ingatkah kita sebuah Masjid lama di Turki tidak mengalami
kerosakan padahal bangunan sekelilingnya ranap ke bumi semasa berlaku
gempa bumi dulu.

Malaysia berbangga kerana berada di luar garisan gunung berapi dan gempa
bumi. Maka pesta-pesta maksiat tidak dihiraukan malah mendapat sokongan
kuat dari pihak berkuasa. Diadakanlah Pesta Penang Fullstop. Pesta ini
dipromo habis-habisan oleh NTV7. Orang Melayu berpesta. Selang beberapa
hari mereka berduka. Lihatlah perempuan- perempuan Melayu di pesta
tersebut. Yang sedihnya perempuan yang bertudung pun turut
terjerit-jerit. Bila bala datang ianya tidak memilih yang bertudung,
kanak-kanak atau sesiapa sahaja. Konsert Sureheboh sudah dilancarkan.
Mufti telah mengharamkan. Tapi tidak dihiraukan. Tunggulah balanya
nanti. Banjir paling teruk telah melanda Kelantan. Hukum Allah dicabar
di mahkamah. Rakyat Kelantan memberi sokongan kepada mereka yang
mencabar hukum Allah ini.

Tunggulah masanya. Belajarlah dari sejarah umat-umat yang terdahulu di
zaman Nabi Lut, Nabi Salleh, Nabi Noh. Perdana Menteri telah mengarah
supaya tidak berpesta seperti biasa ketika menyambut tahun baru 2005.
Penganjur pesta maksiat ini yang kebanyakan orang Melayu akur. Seruan
yang sama telah disuarakan oleh alim ulama sejak dulu lagi kerana
bertentangan dengan Islam tapi tak dihiraukan. Bukankah syirik namanya?
Semoga kita dilindungi dari bala Allah.

Kerajaan Thailand telah membunuh beratus-ratus orang Islam pada bulan
Ramadhan yang lalu. Sedih kita melihat saudara kita menangis atas
syahidnya keluarga. Ombak Tsunami membalas dengan membunuh beribu-ribu
rakyat Thailand dan pelancong asing di bandar maksiat Phuket. Bukan itu
sahaja berjuta-juta ringgit kerosakan harta benda juga dilaporkan.

Di Sri Lanka, kekejaman tentera Tiger Tamil Ilam dan juga tentera
kerajaan terhadap penduduk Islam bukan menjadi rahsia lagi. Apakah
Bencana Tsunami yang mengena Sri Lanka merupa balasan kepada perbuatan
mereka?

Pulau Maldives sebuah negeri penduduk Islam. Presidennya seorang Islam
yang berkelulusan Universiti Al Azhar. Pulau ini merupakan pusat
peranginan yang popular di kalangan pelancongan dari barat. Nilailah
sendiri akan apa yang disediakan di hotel-hotel dan tempat- tempat
peranginan di Negara ini. Mungkinkah Tsunami merupakan amaran kepada
Presiden berkelulusan Al Azhar ini?

Di India penindasan Hindu kepada orang Islam sudah diketahui umum.
Sehingga Masjid mereka pun dirobohkan. Memang layak mereka menerima
sedikit balasan daripada Allah.

Bencana Tsunami sepatutnya menyedarkan kita dari khayalan dan
kederhakaan kita kepada Pencipta Yang Maha Gagah. Marilah sama-sama kita
berdakwah menyampaikan apa yang patut disampaikan sekadar yang kita
mampu. Larangkan anak-anak kita, ahli keluarga kita dari berada di
tempat-tempat maksiat seperti Konsert Sureheboh. Orang Islam tidak akan
maju dengan Konsert Sureheboh dan pesta maksiat yang lain












Sabtu, 17 Julai 2010

HORMATILAH IBU DAN BAPA KITA


Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan Matahari
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat
Supaya hidup kita akan selamat

Anak-anak yang soleh adalah anak yang selalu mendoakan kesejahteraan ibu bapanya di dunia mahupun akhirat. ini kerana doa dari anak-anak adalah dao yang paling bermakna untuk mereka.dan anak2 yang ber doa untuk ibu bapa mereka insyallah hidup mereka akan sejahtera.
Menghormati ayah dan ibu adalah menunjukkan penghormatan dalam kata-kata dan perbuatan dan di dalam hati bersikap menghargai posisi mereka. Kata bahasa Yunani untuk menghormati bererti “memuja, menjunjung dan menghargai." Menghormati adalah menunjukkan respek
bukan saja untuk jasa namun juga untuk kedudukan. Misalnya, sebagian orang Amerika mungkin berbeza pendapat dengan keputusan Presiden, namun mereka masih tetap menghormati posisinya sebagai pemimpin - DOA UNTUK KEDUA IBU BAPA-
negara mereka. Demikian pula anak berumur berapa pun harus menghormati orang tua mereka, tanpa memandang apakah orang tua mereka “layak” dihormati.
Allah menasihati kita untuk menghormati ayah dan ibu. Dia begitu menghargai penghormatan kepada orang tua sampai mencantumkannya dalam Sepuluh Hukum dan juga di dalam Perjanjian Baru: “Hai anak-anak, taatilah orang tuamu di dalam Tuhan, karena haruslah demikian. Hormatilah ayahmu dan ibumu—ini adalah suatu perintah yang penting, seperti yang nyata dari janji ini: supaya kamu berbahagia dan panjang umurmu di bumi”. Menghormati orang tua adalah satu-satunya perintah di dalam Alkitab yang menjanjikan umur panjang sebagai hadiah. Mereka yang menghormati orang tuanya akan diberkati. Sebaliknya mereka yang “pikirannya terkutuk” dan mereka yang tidak beribadah pada akhir zaman akan diwarnai dengan ketidaktaatan kepada orang tua.

Khamis, 8 Julai 2010

Dunia Dan kanak-kanak Gaza





Semak Ejaan
sebagai seorang manusia yang prihatin terhadap diri sendiri dan orang lain, kita haruslah bersama-sama membantu golongan yang kurang bernasib baik dan kita sebagai umat islam ada sifat simpati serta belas kasihan terhadap mereka. apa yang kita tahu masyarakat gaza sedang mempunyai masalah yang terlalu perit dan terlalu pedih untuk mereka lalui, kebanyakan mereka di sana kebuluran anak-anak kecil kesejukan. tiada la gi keriangan pada diri mereka malah tiada taman permainan untuk mereka meluangkan masa bersama-sama rakan mereka. kini yang ada hanyalah benteng-benteng kepungan untuk melindungi diri daripada musuh. jika kita dapat bayangkan kita sedang berada di tempat mereka. apa yang kita lakukan.....sudah tentu kita hanya mampu berdoa kepada illahi untuk meminta pertolongan. lihat lah kini kekejaman ISRAEL..!!!!!
mereka sanggup bertempur di tengah-tengah lautan semata-mata untuk menyekat bantuan dunia oleh kapal Tur ki mavi marmara yang membawa beratus-ratus bahan makanan ubat-ubatan serta bahan permainan khas untuk kanak-kanak yang tidak berdosa di sana....tanpa belas kasihan penduduk gaza di bom dan di tembak sesuka hati, malah anak-anak yang tidak berdosa menjadi korban..

Dermalah seikhlas hati kita agar mereka dapat meneruskan kehidupan di dunia ini, jika tidak mampu dengan wang ringgit,derma lah dengan doa untuk penduduk gaza yang dalam
kesengsaraan. Amin